Pages

Monday, December 14, 2009

PENCEROBOH



Ada satu malam tu kat skolah laa..ms tue x start lagi spm tp dalam 2-3 minggu mcm tu la..suma owg ngah pulown study..tmasoklah aku yg dpt btahan takat pukui 11 ja..pastu dya akan mula bermimpi di atas katil empuk di hostel Rabiatul Adawiyah..spesifik lagi dorm P2O3..suasana menjadi gempar apabila dorm aku disyaki diceroboh..kepada sesiapa yang masih pening2 lalat tentang kejadian malam tu..sila ikuti kisah di bawah..

Alkisah bermula,,
Pada suatu malam yang gelap,hitam pekat namun menawan,"hitam kegemaranku,"bak kata kazen saya yang dok kat Korea..nm dy Rain..
Labuna(bkn nama sebenar) telah stay up dengan semangat berkobar-kobar..Ahli dorm yang lain kecuali haneii(bkn nama sbenar) dan sakuraputih(bkn nm sbenar) telah turun stay up di bilik study f5..katanya ingin menjaga mata anugerah Ilahi drpd stdy dlm dorm yg gelap gelita..haneii dan sakura putih pula lebih senang memilih untuk tidur sahaja..

Labuna ni mmg terkenal dengan sifat penakutnya..walaupun dy berani bhadapan dgn kuceng yg paling aku gelikan,namun, aku x la pnakot mcm dy dlm hal2 yg mlibatkan kjadian yg boleh dikatakan spertinya filem english tu 'super natural'..Labuna yang mula bersa chering telah kalah dengan memengsankan dirinya kira2 jam 2330..hurm,alamatnya x jadik lah Labuna nk stay up..x salah kalau Labuna nak tidor tu tapi,Labuna telah melakukan satu kesalahan iaitu, TIDUR DI ATAS KATIL org lain..

Dalam insiden ni,Labuna telah menjadi mangsa..kira2 jam 0145 waktu tempatan,kelihatan pintu dorm terkuaak,kelihatan juga lembaga yang mempunyai rambut panjang mengurai..lembaga itu menuju ke arah mangsa yang nyenyak tidur..kemudian,menghampiri kepala mangsa..mangsa merasakan ada sesuatu yang meraba mukanya..mangsa yang sememangnya liat bangun tidur telah menepis sentuhan tersebut beberapa kali..lembaga tersebut yang kelihatan berang telah menyepak muka mangsa menyebabkan mangsa terjaga dari tidurnya yang indah..dengan menyaksikan satu lembaga yang mempunyai rambut panajang mengurai di waktu2 sebegini, mangsa berlari sambil menjerit dengan nyaringnya..<-- ikut saranan ustazah kalau ada penceroboh..

Berlari ke mana??ke pintu keluar??oh,,tidak..mangsa berlari ke arah kati lnya sendiri..saya sudah tekan kan tadi bahawa mangsa memang liat bangun tidur..mangsa terus memngsankan diri lagi di katilnya dengan harapan lembaga itu tidak mengekorinya..ahli2 dorm yang terjaga dek jeritan nyaring tersebut tercengang melihat kejadian yang terjadi..haneii yang katilnya betul2 beradaa di atas katil Labuni(bukan nama sebenar) telah mnanayakan Labuni,"Labuni,knapa dengan Labuna tu??"..dengan slumber bulehypponya Labuni menjawab,"Labuna takowt kat aku,"Haneii yang separuh tersedar hanya membalas dengan jwpn "ouh," dan terus menyambung tidurnya..sakura putih??hurm,,kalo dh tidoq tu...bom berdentum pown x terjaga lagi rasanya..

Pada keesokan harinya,usai berjemaah Subuh di surau Jannatun Naim,aku dihujani pelbagai pertanyaan..namun,semuanya aku diamkan sahaja sambil mengangkat tangan isyarat tidak mahu ditemuramah lagi mcm artis gitu..balek dormjer terus aku serbu Labuni..aku membawanya ke luar dorm dan berbincang sebentar..kemudian,aku pggey Labuna.."weit,ang psy pa smalam??awat mnjerit??,"...Labuna hanya mendiamkan diri..aku pasti sekali yang Labuna x tahu apa2..

Aku yang sememangnya dok tahan gelak smpy mulot dh mcm ikaan buntal..rolling on the floor gelakkan Labuna..Labuni gelak dy ayu cket r..kah234..sbenarnya,yang dituduh penceroboh itu ialah LAbuni yang masok dorm slepas stay up..Labuna yang terkejut melihat Labuni yang seperti pontianak harum sundal malam tu telah tersalah meneka..Labuni yang nakal tu pulak telah menyebarkan khabar angin palsu mengatakan penceroboh telah masuk ke dorm kami..padahal penceroboh tu sbenarnya Labuni..

The End..

Lessons:
1)Jangan tido atas kate org laen..
2) kalo nmpk hantu ke jembalang ker,baca ayat kursi..
3) kalo yakin tu penceroboh kna jerit sambil berlari keluar,jgn smbung tdoq kat kate sniri plak..bahaya!
4) jgn sebarkan khabar angin palsu..kesian kt org yg nk kna jwb tu..
5) carik sniri la...